SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI

Tuesday, November 18, 2008


Masih belum terlambat untuk mamadz ucapkan


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI


bagi sesiapa yang menunaikannya..


Semoga Mendapat Haji yang Mabrur






dan kepada ahli anda yang pergi menunaikan haji,


Marilah bersama-sama berdoa agar mereka selamat pergi dan pulang


Amin....

Friday, November 14, 2008

"Budak Kelatan" bukan untuk memperburukan orang Kelantan

Isu ini datang semasa sedang berjalan pulang ke rumah yang dimana seorang dari kawan mamadz sedang menceritakan tentang filem "Budak Kelantan" yang baru di tontoninya beberapa hari lepas. Kawan mamadz mempersoalkan tentang adakah orang-orang kelatan semua seperti didalam filem tersebut? Kepada sesiapa yang tidak tahu, filem "Budak Kelantan" mencerita tentang dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu dan akhirinya bertemu di Kuala Lumpur. Dua sahabat ini mempunyai pesonaliti yang jauh berbeza. Buchek (lakonan Danny X-Factor), seorang graduan manakala Jaha (lakonan Asrul Faizal), lepasan Sekolah Henry Gurney. Pertemuan mereka ini mendedah "kerja-kerja" yang dilakukan oleh Jaha selama ini dan banyak perkara yang tidak diingin telah berlaku akibat pertemuan ini. Malas pulak rasanya nak cerita panjang-panjang, Kalau nk tahu pergi tengok di pawangam. ;)



Kembali kepada cerita kawan mamadz, dia mengatakan mengapa orang kelatan yang dipilih untuk filem ini? Mamadz terus tergelak bila dengar dia cakap macam itu. Mamadz memberikan pandangan Mamadz kenapa orang kelantan dipilih. Benda ini terjadi mungkin disebab rakyat Malaysia khususnya. Mengapa? Cuba bayangkan jika filem ini tidak mengunakan orang kelantan, pastinya namanya lain dan hanya mengunakan loghat orang "malaysia". adakah penonton di Malaysia mahu melihat filem ini????? dan mampukah jalan ceritanya berdiri sendiri?? Jawapannya pun kita kurang pasti. hurm... Bagi Mamadz pemilihan ini, adalah sebagai daya tarikan filem ini, sekali gus penulis dapat memberi pengajaran tentang isu yang ingin disampaikan kepada penonton dan ia menjadi penyokong utama filem. Mungkin juga penulis memilih kerana Kelantan mempunyai loghat yang menarik dan unik yang tidak dapt di negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara sebegini juga berlaku apabila filem "Anak Mami", "Mami Jarum" dan sebagainya dikeluarkan cuma ia kurang dipersoalkan kerana isu didalam filem-filem ini tidak terlalu sentitif bagi rakyat Malaysia.

Orang lain tidak perlulah menunding jari pada orang Kelantan sahaja dan mengatakan mereka jahat dari segala benda. Tak patut tu.. Jika mengikut realiti sebenarnya, isu dalam filem ini berlaku pada semua orang tidak tertumpu pada orang Kelantan, mungkin berlaku pada orang KL ke? atau pun orang mana-mana negeri pun. Tak semua orang jahat, juga ada orang seperti Buchek. Itulah keseimbangan dunia, ada baik ada jahat......

Monday, November 10, 2008

Minggu yang aku rasakan bermakna.


Minggu amat bermakna kerana minggu ini berakhirnya minggu penghantaran semua assigement mamadz. yeah!!!!!! Cuma tinggal lagi 2 je. 2 keja ini pun masih dalam proses. hurm.... Minggu ini juga berakhirnya semua event falkuti tari, ASWARA yang aku agak terlibat, dengan berakhirnya JAMU Ahad lepas mamadz kena banyak fokuskan kt studi pulak skrang. Minggu ini juga telah berlaku sesuatu dalan sejarah dunia iaitu Barack Obama telah dipilih secara sah menjadi presiden AS dan perkara ini mungkin boleh mengubah situasi dunia skrang pada pendapat mamadz. Orang yang mamadz kenal yang amati meminati Obama adalah Sir Joseph. Sir amat suka sangat Obama. Kadang-kadang tak sabar nak bercit cat dengan Sir tentang hal ini. Dengan kemenangan Obama, beliau telah menjadi presiden AS yang pertama yang berkulit hitam. kemenangan beliau juga disambut baik oleh pemimpin dunia. Walaupun beliau belum lagi memerintah AS, beliau hanya boleh memasukki White House pada Febuari tahun depan, mamadz rasakan beliau yang mengubah pelbagai benda dari isu peperangan hingga kriss ekonomi AS yang memberi tamparan yang hebat ke seluruh dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Obama dapat melakukan apa yang kita harapkan di seluruh dunia. AMIN...

*syukurlah ada orang telah keluar dari satu tirai yang mamadz rasa macam dah tak revelan.. peace...
*harap-harap tumpukan pada studi.. dah nak exam..arrghhh..

Thursday, November 6, 2008

JAMU 2008

The contemporary dance performance series is back with new choreography by Umesh Shetty, Zhou Gui Xin, Wong Kit Yaw, Steve Goh, Suhaili Ahmad Kamil, Aris Kadir, Tan Lian Ho and Joseph Gonzales. Bringing new work to the stage has been a staple of ASWARA's Dance Department earning kudos and respect for ingenuity and cross-cultural explorations that have earned them more than 12 Cameronian Arts Awards in the last 5 years! This is no mean feat and is proving that the hotbed of contemporary explorations can and should take place in an institution of higher learning - where theory meets practice.

Date: 6-8 November 2008
Time: 8.30 p.m.Venue: Experimental Theatre, ASWARATickets: RM 10.00

New Repertoire JAMU 2008
7 Puteri by Aris Kadir
Sum by Umesh Shetty
Xin Dong by Wong Kit Yaw
2=1 by Suhaili Ahmad Kamil
After Duet by Tani Lian Ho
Random by Joseph Gonzales
Unforgettable by Steve Goh
Time by Zhou Gui Xin


JAMU 2008 - 'Intoxicating Eyes: Sikkil Gurucharan and Anil Srivnivasan with SUTRA DANCE THEATRE and ASWARA DANCERS
Date: 9th November ONLY - "Intoxicating Eyes"Time: 8.30 p.m.Venue: Experimental Theatre, ASWARATickets: RM 10.00

Respected music composers and vocalists from India - Anil Srinivasan (piano) and Sikkil Gurucharan (vocal) bring their art to ASWARA in collaboration with SUTRA DANCE THEATRE. The music extravaganza will be supported by dance improvisations by SUTRA's Ramli Ibrahim, Guna and January Low with Yunus Ismail, Liza Saad, Baizura Ghani and Faillul Adam from ASWARA.

This ONE NIGHT ONLY performance will include:a) Asimugam (dance solo by January Low)
b) Improvisation (Theruvil Varano) performed by dancers and musicians.

This event will include a Lecture - Demonstration as follows:
Time: 10 Nov. (Duration 1 hr - 1 hr 15 minutes) with Q & A afterwards. Venue: Experimental Theatre, ASWARA
For further information and interviews on this performance please call SUTRA at 0162207133 (january)

All other enquiries: 03-26975403/1777

Click here for ASWARA MAP http://www.aswara.edu.my/BM/ct_map.asp

Saturday, November 1, 2008

ASMARADANA Urban Kecak Mix


Ini mix terbaru yang dihasilkan oleh DJ adit. Mamadz sangat-sangat suke mix nie. DJ Adit telah masukkan element tarian kecak iaitu satu tarian popular di Bali, Indonesia. Tarian ini dipersembahkan didalam bulatan yang besar yang melibatkan ramai orang dan boleh mencecah hingga beratus orang. DJ Adit jugak masukkan unsur2 urban didalam lagu nie. Skrg nie mamad hanya tunggu show saja. Klu ade show, sure mamadz akan perform lagu. Tak sabar rasa. hehehehehe... Disini ada mamadz letakkan lagunya untuk siapa saja mendengarkan dan pertontonkan video yang telah di edit oleh DJ Adit juga. enjoy..

HUMINODUN - Puteri Nabahu








Ini merupakan kali pertama mamadz tulis blog, baru daftar katanya. Tak ada apa2 yang menarik lagi yang nk tulis. Cuma mamadz nak cerita sket tentang show yang mamadz jayakan skrang.ni merupakn persembahan tari bukan la teater. Mungkin agak terlambat untuk mamadz nak promosikan show ini tetapi mamadz cerita tentang Huminodun. Huminodun merupakan satu lagenda atau mitos dari suku kaum kadazan dusun di Sabah. Kalau tahu banyak lagi pasal show ini datang la tengok malam ini di Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Show akan bermula pada jam 8.30 Mlm.... Tiket rm10 sahaja...

*jumpe di sana......
Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...