SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Pilihan, Kehendakan dan Masa Depan



Kali ini aku menulis memang tentang diri aku… sebenarnya mamad bukan suka dah tulis tentang diri sendiri.. ye la bukan menarik pon… tp mamad just nak kongsi situasi minggu lepas…


Kadang-kadang tu betul jugak kata orang tua, sejauh mana kita tak nak sesuatu benda, benda itu yang kita akan buat atau dapat..


Dahulu mamad sering kata ‘tak nak lah’, ‘tak mo la’ etc terhadap sesuatu perkara.. tetapi sekarang mamad rasa semua macam dah makan diri sendiri.. benda yang mamad tak nk itulah yang mamad akan buat seterusnya…


Mungkin mama mamad yang menyarankan mamad teruskan aje di tempat yang sama tanpa ambil masa untuk berehat.. (tempat itu adalah tempat yang terbaik tetapi banyak sangat politiknya.. ish..ish..ish) tapi mamad akur je… tak cuba mana la tahu(wlupun dah tengok org-org mencuba depan mata….)


Dari kejadian semua mamad belajar sesuatu.. mulut kita kata “NO”  tapi hati…?? Kata-kata dari orang yang kita sayang?? Semua unsur-unsur ini mebuat kita terfikir sejenak apa sebenarnya baik untuk kita dan bukan untuk orang lain..


Orang lain mampu bercakap.. dah adat orang melayu la kan..  kalau tak, Tak de la peribahasa ‘rumah siap pahat berbunyi’


Mungkin ada yang baca susun huruf-huruf kat atas ini dan tidak memahami apa isi sebenarnya.. mamad tak akan tulis sebenarnya.. this is my secret… hehehehehe.. hanya satu benda sahaja mamad nak kongsi dengan korang.. 


Masa depan atau angan-anganyang kita pilih tak semestinya kita perolehinya tetapi yang kita tak nak itulah sebenarnya untuk kita..
Adakah ianya pilihan terbaik??   
Aku mampu berserah sahaja…
semoga Allah memberi yang terbaik untuk semua hambaNya... 
AMIN...

Tuesday, March 1, 2011

Persinggahan Sementara

Perlukah mencari persinggahan untuk meleraikan kekusutan?
Tapi apa perasaan di persinggahan sebenarnya
Atau sekadar persinggahan ala 'touchNgo'

Persinggahan juga penat kerana melayan kerenah
Si penyinggah yang kurang pasti kasih sayangnya
Dan yang berpinar tak berarah

Hilang pinarnya
Nampak jalan pulangnya
Beransur pergi tanpa sepatah haram

Adaka dia muka persinggahan
Yang sering menjadi persinggahan
Kalau dia mampu berkata
Segala kata kesat dilontarnya

Mungkin persinggahan akan temu regunya
Tapi bila?
Kerana dia juga punya segala rasa seperti si penyinggah

11.59pm
26 February 2011
Kuala Lumpur

Wednesday, February 23, 2011

Melawat Kubor

Didalam kereta Waja sebuah keluarga dalam perjalanan untuk membeli-belah disempadan Kelantan dan Thailand....


Abang : Mesti banyak barang mama nak beli kat sana.. (didalam hatinya : kalau ada duit, aku pon bershoping juga)

Mama : Tak tahu lagi.. Tengok la macamana...

Si Abang tersenyum sendiri kerana ayat-ayat begitu melambangkan bilangan barangan fuhhh mesti banyak...

Adik : Sebenarnya kita nak p mana yerk??? (dengan muka kebinggungan)

Mama : Kita nak ke Pengakalan Kubor???

Si Adik bertambah binggung.. tadi kata nak shopping sekarang nak p kubur pulak... Si Adik menjawab..

Adik : Kalau nak p sana, adik tak leh masuk la.. adik tak bawa tudung dan pakai skrit...

Semua didalam kereta hanya berdiam diri...

Adik berkata sesuatu kepada papanya yang sedang memandu...

Adik : kalau macam kita patah balik la.. adik nak tukar pakai baju kurung... (walaupun baju kurungnya jarang-jarang nampak tuib..)

Monday, February 21, 2011

rakan, kawan, teman....???

kekadang dalam hidup kita ni, kita amat memerlukan rakan-rakan. rakan boleh membantu dalam pelbagai perkara tetapi ada juga rakan yang suka mengambil kesempatan kesenangan orang lain. orang-orang yang macam ini rapat dengan kita disebabkan mengharapkan sesuatu dari kita dan perkara yang dimahukan adalah duit. (maaf la sesiapa yang terasa tu).

orang yang macam ni juga lebih pandai sekarang. untuk tidak menampakkan dia meminta dalam bentuk yang lain. contohnya top up, belanja makan atau belikan barang (dengan alasan "gunala duit awak dulu, nanti saya bayar balik).. hampehh!! sampai ke sudah sekeping duit pun aku tak nampak. bukan la kita nak berkira tetapi dia kena la fikir juga, kita dapat duit dari mana?? dia ingat melacur ke?? duit yang kita dapat tu pun untuk kita buat macam-macam, bayar tu, bayar ni... zaman sekarang ni everything is about money... harap-harap orang macam ini sedarlah diri anda. jangan la mepergunakan orang untuk kepentingan sendiri.

terdapat juga jenis kawan yang tak boleh dihidup tanpa kawan yang lain. nak buat semua benda bersama konsep ala BFF (boyfriend forever..walaupun). memang la. kawan boleh menemani dalam pelbagai perkara yang kita boleh bersama tetapi kawan lain tue perlu kan ruang untuk dirinya sendiri.. jangan la rasa nak berkepit dan macam belangkas. kita kena ingat kawan tu pun ada kehidupannya sendiri.

teman adalah orang yang selalu bersama kita didalam susah dan senang dan teman yang baik adalah membiarkan teman merasakan kesusahan kerana tanpa merasakan semua itu manusia tidak tentang asam garam kehidupan.. sebagai teman kita perlu tahu sehingga tahap mana kita kita mampu menolong tetapi kalau dah berbuih mulut kita berkata tentang sesuatu kebaikan untuk dirinya dan masih tidak didengarnya.. lantak p kat depa la...

rakan yang bagaimanakah anda?
pernah kawan memperkatakan tentang anda?
adakah semua teman mampu dipercayai untuk meyimpan rahsia anda??


*bersyukur masih ada rakan, kawan dan teman yang bersamaku yang mendengar segala celoteh mamad ini....sayang korang

Saturday, February 12, 2011

Apakah Ini????

Kata-katamu menjadi penemanku disini
Sambil dibuai melodi indah ciptamu

Aku mengingati semua tentangmu
Sepanjang perjalanan ditempat orang

Ingin aku membawamu bersama
Merasa dan menikmati segalanya disini

Betul katamu itu
Dari hati turun ke jiwa
Membuatkan aku lagi kepingin berjumpa

Tapi kapan pula aku memandangmu
Kerana bila aku pulang dirimu jauh dari ku pula
Mungkin nasib sebegini rupa

Walaupun tiada bertentangan wajah
Tetapku membawa sesuatu
Untuk dirimu merasainya

Seperti raja dan hamba
Begitu dirimu yang tak bisa dimliliki

Aku tetap terus mencuba
Kasta hanya pada nama
Tetapi kita tetap berdarah merah

Kata dan melodimu menjadi peneman
Sepanjang malam ku disini


9.42 pm
7 Jun 2010
Madura, Indonesia




***ketika dok bercuti di seberang.. tetiba rasa mcm nk menulis.. entah.. tetiba je.. huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...