SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI

Tuesday, March 29, 2011

gelagat si bayi kembar

comel sungguh kembar nie...
nampak macam membualkan sesuatu...
yang penting video kedua tu ala-ala mengajar ballet pulak.. siap pegang "bar" lagi...

(gambar sekadar hiasan)



Sunday, March 20, 2011

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal


Tanggal 19 Mac, tepat 2.15 petang mamad sampai di Istana Budaya untuk menonton Lat Kampung Boy Sebuah Musikal… apa-apa pun terima kasih kepada Eizul kerana memberi mamad tiket untuk menonton…

Kali ini mmd menonton seorang sahaja kerana kawan mmd tidak dapat datang kerana cuaca kurang mengizinkan…. Teater ini diarahkan oleh Hans Issac dan Harith Iskander & dikoreograf oleh Pat Ibrahim dan Azwa…

1. Muzikal ini merupakan tentang biografi seseorang dan muzikal ini berjaya menjadikannya sebuah muzikal bukan seperti "dokumentari bermuzik" seperti muzikal lain yang mmd pernah menonton sebelum ini..

2. Lagu-lagunya sedap dan menarik didengar cuma penyampai-penyampai lagu tersebut tidak melontar lirik dengan jelas membuat mmd kadang-kadang tidak dengar liriknya..

3. Koreografi tarinya juga menarik, agak kemas kadang-kadang kelihatan seperti ensemble ‘lost’ diatas pentas.. (tak biasa dengan set kot)

4. Terdapat beberapa ensemble yang menyerlah dari ensemble yang lain, mmd tak pasti sama ada perkara ini bagus atau tidak tapi bagi pendapat mmd, mereka yang menyerlah ini tidaklah kelihatan ‘over’ dan ada yang ‘stay to the character’...

5. Pemilihan pelakon yang baik, setiap karaktor amat sesuai dengan pelakon…

6. Pelakon kanak-kanak yang memegang watak Lat sangat baik…

7. Hanya hubungan antara Lat dan bapanya & rasa sayangnya pada kampungnya yang mmd rasakan memegang kuat muzikal ini…

8. Mmd sangat suka mesej tentang lakukan apa yang kita sukai walaupun orang kata kite tak mampu mencapainya...


Kepada sesiapa yang belum menontom muzikal ini, korang masih belum terlambat muzikal ini akan berlangsung hingga 5 April… boleh beli tiket di Ticket2u

Thursday, March 17, 2011

Dancers Spotted

klik pada gambar untuk besarkannya...


kanan : penari bharatanatyam membeli makan di kedai mamak sunguh ironik bukan...
kiri : sungguh bergaya penari tari inai ini.. walaupon!!! (klik sini)


kanan : penari bharatanatyam menuju ke kedai emas untuk membeli aksesori.. walaupun aksesori kat badan dah berlambak....
kiri : gelang ini la yang beli di kedai emas tadi.. dua penari tari inai dibelakang pura-pura tak nampak.. sentap sebab penari bharatanatyam kaya mereka hanya ada duit seringgit sahaja...


kanan : penari bharatanatyam dan mongolian yang mempromosikan CoolBlog sebelum mempromosikan di negara mereka...
kiri : kelas penari-penari ini main congkak kepada Parkson..


kanan : penari bharatanatyam lelaki menunggu pasangannya.. "cepat la mak dah panas ni" (klik sini)
kiri : rupa-rupanya pasangan sedang bershopping bersama penari mongolian...


kanan : penari mongolian mencari beg baru... "kat negara aku xde beg mcmnie.. kelas la malaysia ini".. auntie jual itu cakap "beg ini dari China" penari mongolian tersentap sekejap..
kiri : penari bharatanatyam dan tari inai menuju ke atm untuk mengeluarkan duit show...


kanan : penari tari inai ini cuba mengoda lelaki ini dengan membeli CoolBlog..
kiri : setelah penat bermain caklempong dan make-up.. mereka pon tido ngn amannya...


kanan : gigihnya dia nie... hahahahhaha
kiri : comel tak die tido?? (klik sini)


*terima kasih untuk Dance Route kerana membri semua gambar nie...

Monday, March 14, 2011

air kencing pun boleh???

jika beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan ais krim susu wanita.. sehingga la cik lady gaga kita nk kuar surat saman atas pengunaan namanya untuk perjualan ais krim susu wanita tersebut... sekarang kita dikejutkan dengan telur rebus air kencing... semalam mamad terbaca satu artikel di KOSMO dibahagian Dunia..




Di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang di rebus dengan air kencing budak sekolah.. Astaga.... dah takada benda lain nk dimakan ke??? sampai air kencing yang status sebagai najis digunakan untuk merebus telur..

chef di wilayah itu berusaha untuk mempromosikan telur rebus ini... (ada ke org nk beli... klu mamad mmg tak la).. kata chef tersebut telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk...

Friday, March 11, 2011

Tsunami and Earthquake @ Japan

mamad percaya video dan gambar memberi impak lebih kuat dari kata-kata.. oleh tak perlu la menulis panjang-panjang ini beberapa video yang menarik tentang Tsunami di Japan... Semoga Allah meringankan beban mereka... beberapa video ini.. memang melebihi akal manusia dan menunjukkan kebesaran Allah S.W.T....

video pertama menunjukkan pusaran air di pelabuhan Uzumaki...



video kedua ini menunjukkan air Tsunami sehingga ke lapangan terbang Sendai



tsunami menghayut segala benda....



keadan gempa di sebuah rumah di Tokyo



keadaan di beberapa tempat...

Wednesday, March 2, 2011

Bila Si Cantik Menyanyi

mamad baru saja dengan lagu si Kim Kardashian kat RyanSeacrest.com..




huh.. bagi mamad lagu ni biasa je... mungkin orang akan teruja sebab Kim Kardashian yang nyanyi.. harap-harap la dia kuarkan single je.. kalau album.. ceq tak tau nak habaq lagu mana!!... timbul persoalan pula.......

"adakah ini suaranya? atau suara mesin!!!???"

zaman sekarang ni macam-macma boleh wat... suara yang sedap pon boleh jadi suara ala-ala Chipmunk... apa-apa pun cik Kim Kardashian perlu dipuji sebab mencuba sesuatu yang baru.. lagi sekali, harap-harap dia mencuba je la ye.. :)

Gud Luck Gurl!!!

berakhir beberapa realiti tv kt Malaysia bermula lagi satu realiti tv baru... Mentor 5... sebagaimana yang kita tahu mentor yang terlibat pada musim ini adalah seperti Dato' Sharifah Aini, Edry KRU, Noh Hujan, Rahim Marof, Erra Fazira dan Afdlin Shauki... senarai protege mereka bari di umumkan baru-baru ini.. dengan kesempatan ini nk ucapkan "GUD LUCK" kepada Ratnah a.k.a Red yang menjadi protege kepada Afdlin Shauki.... "U go gurl!!!... mamad doakan kejayaan dan kemenangan Ratnah...


Tuesday, March 1, 2011

Persinggahan Sementara

Perlukah mencari persinggahan untuk meleraikan kekusutan?
Tapi apa perasaan di persinggahan sebenarnya
Atau sekadar persinggahan ala 'touchNgo'

Persinggahan juga penat kerana melayan kerenah
Si penyinggah yang kurang pasti kasih sayangnya
Dan yang berpinar tak berarah

Hilang pinarnya
Nampak jalan pulangnya
Beransur pergi tanpa sepatah haram

Adaka dia muka persinggahan
Yang sering menjadi persinggahan
Kalau dia mampu berkata
Segala kata kesat dilontarnya

Mungkin persinggahan akan temu regunya
Tapi bila?
Kerana dia juga punya segala rasa seperti si penyinggah

11.59pm
26 February 2011
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...