Tanggal 19 Mac, tepat 2.15 petang mamad sampai di Istana Budaya untuk menonton Lat Kampung Boy Sebuah Musikal… apa-apa pun terima kasih kepada Eizul kerana memberi mamad tiket untuk menonton…
Kali ini mmd menonton seorang sahaja kerana kawan mmd tidak dapat datang kerana cuaca kurang mengizinkan…. Teater ini diarahkan oleh Hans Issac dan Harith Iskander & dikoreograf oleh Pat Ibrahim dan Azwa…
1. Muzikal ini merupakan tentang biografi seseorang dan muzikal ini berjaya menjadikannya sebuah muzikal bukan seperti "dokumentari bermuzik" seperti muzikal lain yang mmd pernah menonton sebelum ini..
2. Lagu-lagunya sedap dan menarik didengar cuma penyampai-penyampai lagu tersebut tidak melontar lirik dengan jelas membuat mmd kadang-kadang tidak dengar liriknya..
3. Koreografi tarinya juga menarik, agak kemas kadang-kadang kelihatan seperti ensemble ‘lost’ diatas pentas.. (tak biasa dengan set kot)
4. Terdapat beberapa ensemble yang menyerlah dari ensemble yang lain, mmd tak pasti sama ada perkara ini bagus atau tidak tapi bagi pendapat mmd, mereka yang menyerlah ini tidaklah kelihatan ‘over’ dan ada yang ‘stay to the character’...
5. Pemilihan pelakon yang baik, setiap karaktor amat sesuai dengan pelakon…
6. Pelakon kanak-kanak yang memegang watak Lat sangat baik…
7. Hanya hubungan antara Lat dan bapanya & rasa sayangnya pada kampungnya yang mmd rasakan memegang kuat muzikal ini…
8. Mmd sangat suka mesej tentang lakukan apa yang kita sukai walaupun orang kata kite tak mampu mencapainya...
Kepada sesiapa yang belum menontom muzikal ini, korang masih belum terlambat muzikal ini akan berlangsung hingga 5 April… boleh beli tiket di Ticket2u
No comments:
Post a Comment