Perlukah mencari persinggahan untuk meleraikan kekusutan?
Tapi apa perasaan di persinggahan sebenarnya
Atau sekadar persinggahan ala 'touchNgo'
Persinggahan juga penat kerana melayan kerenah
Si penyinggah yang kurang pasti kasih sayangnya
Dan yang berpinar tak berarah
Hilang pinarnya
Nampak jalan pulangnya
Beransur pergi tanpa sepatah haram
Adaka dia muka persinggahan
Yang sering menjadi persinggahan
Kalau dia mampu berkata
Segala kata kesat dilontarnya
Mungkin persinggahan akan temu regunya
Tapi bila?
Kerana dia juga punya segala rasa seperti si penyinggah
11.59pm
26 February 2011
Kuala Lumpur
2 comments:
wahh.. kelas mamad skrg.. nak kalah kan blog tekukur jantan kew.. sentap sesaat...
mane leh lawan tekukur jantan... kite skadar mencuba je..
Post a Comment