SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI

Tuesday, March 1, 2011

Persinggahan Sementara

Perlukah mencari persinggahan untuk meleraikan kekusutan?
Tapi apa perasaan di persinggahan sebenarnya
Atau sekadar persinggahan ala 'touchNgo'

Persinggahan juga penat kerana melayan kerenah
Si penyinggah yang kurang pasti kasih sayangnya
Dan yang berpinar tak berarah

Hilang pinarnya
Nampak jalan pulangnya
Beransur pergi tanpa sepatah haram

Adaka dia muka persinggahan
Yang sering menjadi persinggahan
Kalau dia mampu berkata
Segala kata kesat dilontarnya

Mungkin persinggahan akan temu regunya
Tapi bila?
Kerana dia juga punya segala rasa seperti si penyinggah

11.59pm
26 February 2011
Kuala Lumpur

2 comments:

teKukur Jantan said...

wahh.. kelas mamad skrg.. nak kalah kan blog tekukur jantan kew.. sentap sesaat...

maMaD Hj. SaM said...

mane leh lawan tekukur jantan... kite skadar mencuba je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...