
Kembali kepada cerita kawan mamadz, dia mengatakan mengapa orang kelatan yang dipilih untuk filem ini? Mamadz terus tergelak bila dengar dia cakap macam itu. Mamadz memberikan pandangan Mamadz kenapa orang kelantan dipilih. Benda ini terjadi mungkin disebab rakyat Malaysia khususnya. Mengapa? Cuba bayangkan jika filem ini tidak mengunakan orang kelantan, pastinya namanya lain dan hanya mengunakan loghat orang "malaysia". adakah penonton di Malaysia mahu melihat filem ini????? dan mampukah jalan ceritanya berdiri sendiri?? Jawapannya pun kita kurang pasti. hurm... Bagi Mamadz pemilihan ini, adalah sebagai daya tarikan filem ini, sekali gus penulis dapat memberi pengajaran tentang isu yang ingin disampaikan kepada penonton dan ia menjadi penyokong utama filem. Mungkin juga penulis memilih kerana Kelantan mempunyai loghat yang menarik dan unik yang tidak dapt di negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara sebegini juga berlaku apabila filem "Anak Mami", "Mami Jarum" dan sebagainya dikeluarkan cuma ia kurang dipersoalkan kerana isu didalam filem-filem ini tidak terlalu sentitif bagi rakyat Malaysia.
Orang lain tidak perlulah menunding jari pada orang Kelantan sahaja dan mengatakan mereka jahat dari segala benda. Tak patut tu.. Jika mengikut realiti sebenarnya, isu dalam filem ini berlaku pada semua orang tidak tertumpu pada orang Kelantan, mungkin berlaku pada orang KL ke? atau pun orang mana-mana negeri pun. Tak semua orang jahat, juga ada orang seperti Buchek. Itulah keseimbangan dunia, ada baik ada jahat......
No comments:
Post a Comment