SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI

Monday, February 21, 2011

rakan, kawan, teman....???

kekadang dalam hidup kita ni, kita amat memerlukan rakan-rakan. rakan boleh membantu dalam pelbagai perkara tetapi ada juga rakan yang suka mengambil kesempatan kesenangan orang lain. orang-orang yang macam ini rapat dengan kita disebabkan mengharapkan sesuatu dari kita dan perkara yang dimahukan adalah duit. (maaf la sesiapa yang terasa tu).

orang yang macam ni juga lebih pandai sekarang. untuk tidak menampakkan dia meminta dalam bentuk yang lain. contohnya top up, belanja makan atau belikan barang (dengan alasan "gunala duit awak dulu, nanti saya bayar balik).. hampehh!! sampai ke sudah sekeping duit pun aku tak nampak. bukan la kita nak berkira tetapi dia kena la fikir juga, kita dapat duit dari mana?? dia ingat melacur ke?? duit yang kita dapat tu pun untuk kita buat macam-macam, bayar tu, bayar ni... zaman sekarang ni everything is about money... harap-harap orang macam ini sedarlah diri anda. jangan la mepergunakan orang untuk kepentingan sendiri.

terdapat juga jenis kawan yang tak boleh dihidup tanpa kawan yang lain. nak buat semua benda bersama konsep ala BFF (boyfriend forever..walaupun). memang la. kawan boleh menemani dalam pelbagai perkara yang kita boleh bersama tetapi kawan lain tue perlu kan ruang untuk dirinya sendiri.. jangan la rasa nak berkepit dan macam belangkas. kita kena ingat kawan tu pun ada kehidupannya sendiri.

teman adalah orang yang selalu bersama kita didalam susah dan senang dan teman yang baik adalah membiarkan teman merasakan kesusahan kerana tanpa merasakan semua itu manusia tidak tentang asam garam kehidupan.. sebagai teman kita perlu tahu sehingga tahap mana kita kita mampu menolong tetapi kalau dah berbuih mulut kita berkata tentang sesuatu kebaikan untuk dirinya dan masih tidak didengarnya.. lantak p kat depa la...

rakan yang bagaimanakah anda?
pernah kawan memperkatakan tentang anda?
adakah semua teman mampu dipercayai untuk meyimpan rahsia anda??


*bersyukur masih ada rakan, kawan dan teman yang bersamaku yang mendengar segala celoteh mamad ini....sayang korang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...