SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MURBARAK *** PUASA JANGAN TAK PUASA *** SEMOGA KITA MENDAPAT KELEBIHAN BULAN INI

Sunday, February 20, 2011

Terima Kasih Cinta


semalam.. 20/2.. mamad telah ke Istana Budaya untuk menonton Terima Kasih Cinta (TKC).. thnx to fitri.... sebelum muzikal ini dipentaskan pun mamad dah tahu sedikit pasal ceritanya dan konsepnya.. secara asasnya muzikal ini merupaka adaptasi dari filem CINTA arahan Kabil Bhatia dan lagu-lagu didalam muzikal ini adalah lagu yang sering yang kita dengar sebelum ini. walaupun sudah mengetahui tentang muzikal ini, mamad datang menonton semalam dengan rasa yang barau supaya tidak terpengaruhi dengan unsur filem mahupun lagunya.

muzikal ini bermula dengan ensemble dan beberapa pelakon utama berada didalam 6 kuib yang menjadi set sepanjang muzikal ini berlansung...

1. pemilihan lagu yang sesuai yang mengambarkan beberapa sitausi... antara lagu yang ada dalam TKC.. seribu impian, mata, janji manismu, dia, perpishan, cinta dan banyak lagi...

2.tahniah to abg roslan aziz yang mengubah setiap lagu menjadi muzikal bukan mood seperti muzik untuk konsert atau showcase...

3. set pelbagai guna dan digunakan sebaik mungkin tanpa penonton keliru dengan latar-latar yang berlainan

4.koreografi tari dan pengerakan pelakon, ensemble mahupun krew set yang baik bersih (bagi mamad la) yang membuatkan tidak nampak berserabut walaupan ramai orang dipentas..

5.konsep warna untuk kostum pelakon utama... amat sesuai kerana terdapat 10 pelakon utama...

6.durasi yang tidak telampau panjang(just nice) tidak membuat penonton tertidur atau bosan...

7.vokal yang berlainan memberikan perwatakan menarik untuk setiap pelakon utama...

8.pelakon cilik adik Melly dapat mencuri hati ramai penonton...

9.beberapa babak sedih dapat menitiskan airmata.. antaranya seperti babak dian sebelum pemedahan.... deja moss bawak berkorban apa saja terbaiiikkkkk!!! (klu nk p tengok jangan lupa bawa tisu bebanyak k..)

terima kasih cinta akan terus dipentaskan di Istana Budaya dan bagi mamad teater muzikal ini wajib tonton!! apa lagi pergi tempah tiket sekarang di Ticket2U ... TKC sampai 6 Mac sahaja.. jangan menyesal kalau x dapt tengok..


*congrats to abg pat, kak fee, kak sufi, fitri, kak ayu, wadi, anol and everbody involve... korang terbaaiiikkk la!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...